Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Isnin, 19 Disember 2011

(ALAM) #3

Vee pantas bangun dari tempat duduknya setelah loceng berbunyi. Langsung tidak menunjukkan tanda mahu menunggu sesiapa.

"Vee!!! Nak pergi mana?", Arni mengejar.
Pelik dengan kelakuan Vee yang di rasakan berangin pada hari ini. Ada apa agaknya yang mengganggu fikiran temannya itu. Jarang Vee mahu bermasam sepanjang hari.

"Shark amek kita kat depan", tangannya masih sibuk memasukkan buku biologi ke dalam beg tanpa menoleh.
Tangannya menghidupkan semula blackberry nya yang langsung tidak bernyawa sepanjang class bermula.
Pantas sebelah tangannya menaip.

"Awak nak ikut kita tak?Pergi library,lepas tu kita ikut Shark pergi Sports Arena", pelawa Vee apabila di lihat Arni memandang seperti berfikir.

"Awak kenapa?Hari ni macam tak ok je. Class Sir macam mana?".

"Kita tak pergi. Karang kita nak suruh Uncle Papa bagi surat. Kita tak nak la extra class ni lagi.Study rumahlah better", mood seperti mula pulih. Vee sekali lagi mempelawa Arni dan Putri di sebelah langsung tidak bersuara.

"Awak macam mana, P? Kalau extra class tak pergi,kita cadang nak follow ummi pergi salon. Almost sebulan tak massage kepala ni", tanya Arni kepada Putri.

"Kita setel bill dulu boleh? Mama papa takde kat rumah. Putra pulak ada seminar kat Melaka. Broadband kita dah over limit la", sambung Putri yang di panggil P.

"Orait.Awak naik dengan kita. Nanti kita suruh Shark transfer amount guna maybank2u dia ok. Awak pulak kalau free,terus datang sports Arena ye", Vee terus melangkah bersama Putri.

Selesai menukar buku , Vee pantas mendapatkan Shafiq.

"Jauh kena jalan. Apa nak kira sangat ako pergi sana. Sir bukan tak kenal ako", Shafiq turun dari restoran dan menuju ke arah kereta apabila Vee dan Putri sampai.

"Tak nak.Bising", Vee membalas pantas.

Shafiq cuma mampu menggeleng dan mengangkat kening kepada Putri tanda dia dah kehilangan kata-kata nak lawan adiknya yang memang cepat panas hati.

"Kita hantar P dulu la ni?", tanya Shafiq sambil meninggikan tengkuk menjengah Putri ikut cermin tengah.

"A'ah. Nanti dia ikut kita pergi futsal", kata Vee.

"Shark , nah", Putri menghulurkan not RM 100.
"I ingat nak pergi bayar bill. Tapi Vee suruh bayar kat U je. Nanti U transfer guna maybank2u boleh? Putra ada course kat Melaka", sambil tangannya menaip nombor account melalui Bold 3 nya.

"Oh boleh. Nanti bagi no acc broadband. Tapi I punya maybank2u ada problem. I try cimblclicks la", cadang Shafiq.

"Ok.Done bbm u no acc i". sambung Putri dan masing-masing terus mendiamkan diri sehinggalah tiba di kediaman Putri.


"Before 3 awak siap tau. Shark punya futsal pukul 3.30petang", Vee mengingatkan Putri.

"Ok. Kita lunch kat rumahlah . Kesian pulak Ibu Iti dah masak. Lepas awak lunch awak datang ok. Bye, Vee. Bye, Shark" ..

Audi A6 terus bergerak meninggalkan kawasan rumah.

++++++++

2 ulasan: