Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Memaparkan catatan dengan label Siri 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siri 1. Papar semua catatan

Ahad, 25 Disember 2011

(ALAM) #6

"Cerra tanya pasal bill kat Vee.Apa nak jawab?", Vee yang berada di ruang tamu segera menghalang Shafiq sewaktu Shafiq melintasi kedudukannya.
"La ...tak habis-habis lagi dia ni",Shafiq menyambar laptop adiknya.Membaca satu persatu ayat Cerra kepada adiknya.
Benar seperti di sangka.Cerra memang mencurigainya tetapi bukan nama Putri yang naik.Dia usaha meneka-neka tentang siapa yang mendekati Shafiq.
"Ni kes tipu dia tadikan?Ako cakap apa?Tadi ako bayar bill Putri kat rumah dia ke?"Vee bersuara bila nampak Shafiq seakan tiada kata-kata untuk menjawab.
"Entahlah,Vee.Entah",Shafiq termati kata di situ.

Shafiq terus bersandar. Pandangannya jelas menembusi semua objek yang dia tatap.Termenung jauh.Tak tahu apa yang dia rasa. Ingin sahaja dia meluahkan semuanya kepada Vee kerana perasaannya lebih mudah di fahami tambahan lagi Putri itu sahabat adiknya.

"Putri dengan siapa sekarang?",terkeluar juga soalan yang telah lama dia simpan. Vee tersenyum apabila pertanyaan yang sudah lama dia tunggu terkeluar juga dari mulut shafiq.
"Nak jawapan tipu ke betul?"Vee melontar soalan bodoh.Sengaja mahu menebak hati Shafiq.
"Jawapan tipulah ...",Shafiq menyedapkan hati dengan gurauan.
"Oh..Jawapan tipunya, dia sekarang couple dengan anak Ustaz Darus.Jiran dia tu",Vee kini bersila di atas sofa bertentang dengan abangnya.

"Oh..dah couple", Shafiq mengerutkan dahi. Tak puas hati.Rasa nak tumbuk segala yang ada di depannya.Dan...Vee lah mangsa pertama yang mungkin terkena.
"Amboi.masam pulak.tadi mintak jawapan tipu",Vee tersengih-sengih.

"Memanglah tipu.Tapi ...siapa anak Ustaz Darus tu?",Shafiq masih tak puas hati.

"Kan dah kata tipu.Tipulah semua.Eh ..kenapa nak panas hati dengar Ustaz Darus?Kenal ke?", soalan berbalik kepada Shafiq. 
"Kenallah.Kan dulu anak dia memang pernah buatkan ako dengan Putri bergaduh",keras suaranya.

Vee menepuk dahi.Dia memang lupa cerita tu.Dia memang berniat nak bergurau dan tak sangka gurauannya melukakan hati abangnya.Dia memang sangat lupa. Hanya nama Ustaz Darus yang dia ingat untuk di jadikan modal gurauan.

"adoi..salah pulak", Vee menjelirkan lidah.
"ako mandi dulu lah.Nanti kita makan sesama", Shafiq bingkas bangun.
"Vee dah makan.hehehe", senyum sengaja di buat-buat untuk mengambil hati Shafiq. 

"ok lah.Ako tak nak makan.Ako buat assignment kat atas", Shafiq tidak menyambut gurauan adiknya.Kini Vee berasa bersalah untuk kali kedua kerana menyebabkan abangnya tak jadi makan.

"salah lagi.adoiiii", Vee terus baring di atas sofa. Mati akalnya.Selalunya Shafiq kalau terasa hati,memang sehari dua dia kehilangan mood untuk berborak.
Vee meletup-letupkan sendinya sambil kepala ligat memikir cara untuk mengambil kembali hati Shafiq. Mungkin idea ni berjaya. Yakin.

"Engage pulak.Manalah budak ni", rungut Vee.Humban Iphone nya ke atas carpet.

"Vee!!!! Naik kejap!!!", suara Shafiq menghilangkan lamunan Vee.Pelik.Tadi marah.Suara ni seakan suara orang baru menang loteri.

"Vee!!!!!!!!!!!!!!!!!"...

"Yelah.Ya Allah.Tak sabar pulak tiba-tiba", langkah Vee berterabur. Semau barang di campak ke tepi.Ligat kakinya menaiki tangga.

"Apa??", pintu bilik Shafiq di kuak.Shafiq kelihatan sedang berbaring seperti orang tak puas-puas berangan.

"hehehe",sengih lebar.Shafiq betul-betul mengundang tanda tanya.
++++++++++

(ALAM) #5


"Shark,u pilihkanlah mana satu yang cantik.I ada photoshoot esok malam",katalog dari Mikha's Boutique bertukar tangan. Cerra sangat mempercayai taste Shafiq. Shafiq sekali lagi tidak menghampakan Cerra dan memilih kasut putih untuk di peragakan di studio milik salah seorang anak rakan Daddy nya, Iman Arham.
"Putih lagi?U memang tak jemu color putih kan?Banyaklah koleksi i", kata Cerra. Masih membelek-belek katalog yang sama dan berharapkan Shafiq memilih warna yang lain.
"kalau macam tu,you pilih sendirilah,dear",ringkas Shafiq. Panjang mulut Cerra apabila Shafiq seakan-akan tak boleh bergurau.
"you kenapa?macam tak de mood je.Penat ke futsal tadi?Nak mandi?Atau you lapar?", Cerra meneka-neka.
"I ok lah,you.Memanglah penat.Kan baru balik Sports Arena.Eh,you.Sekejap.Tadi Vee pesan bayarkan line dia",Shafiq segera bergerak ke bilik utama Cerra dan mencapai laptopnya.

"I guna sekejap ye.Nak setel bill", laju tangannya masukkan code dan beralih ke Cimbclicks.
Cerra kini beralih sofa.Dia berada betul-betul di sebelah Shafiq.
"Peliklah adik you.Eh...Ke you yang pelik ni",Cerra membuatkan Shafiq pula tertanya-tanya.

"Apa dia?",Shafiq tidak menoleh.Dia kini menggenggam blackberry nya dan membuka semua nombor akaun yang di hantar oleh Putri tengahari tadi. Dia berharap agar Cerra tidak ternampak nama Putri tertera di bbm nya. Berjaya.

"I teman dia kot pergi setel bill past 3 days. Jangan kata cepat je line dia kena barred". Cerra menatap screen laptop nya. 
"Tak tau.Dia yang suruh tadi.Takpe lah. Mungkin dia call mummy.Tu yang cepat je line dia kena block",alasannya seakan tak masuk akal.Dia serba salah kerana terpaksa membohongi gadis kacukan Cina- Belanda-Indonesia itu.Sekiranya dia memberitahu perkara sebenar,mungkin Cerra akan mengulangi perkara yang sama.Merajuk sehingga hampir sepuluh hari.
Ya. Cerra sangat mencemburui Putri.Gadis tinggi berkulit sawo matang itu.Tidak di nafikan Putri merupakan saingan kepada semua bekas kekasihnya. Adakalanya, dia sendiri tidak menahan mana-mana perempuan untuk menaruh curiga kepadanya dan Putri.Rindu bergelar kekasih Putri.Dia suka apabila keadaan mengheretnya kepada Putri tidak kiralah dengan apa cara.Atau paling tidak,rumors bahawa dia akan kembali kepada kekasih pertamanya.

"I tengah chat dengan Vee.Nak korek korek rahsia.Dengan siapa dia call sampai bill naik",lamunan Shafiq terhenti apabila Cerra tiba-tiba bersuara.

Blackberry di simpan.Kini matanya tertancap dari laptop yang di pinjamnya ke arah screen Ipad milik Cerra pula. Berderau dadanya apabila Cerra sedang berborak dengan Vee.
"I nak baliklah", Shafiq mahu segera pulang.Melayani kerenah kekasihnya yang beragama kristian itu memang boleh merosakkan mood apatah lagi Cerra terkadang seorang yang kuat merajuk tambah-tambah lagi apabila berjumpa melebihi dua jam.

"Alah you ni.Everytime you muncul,nak balik cepat.Nanti i nak minta tolong pilihkan baju",Cerra mulai lagi.
"You tak habis dengan facebook.I punya assignment tak selesai.Tak sentuh pun lagi",Shafiq bosan.Dia juga berharap Cerra tidak sempat bertanya tentang bill itu kepada Vee.

"okaylah.Nanti you bbm i baju yang sesuai.Or paling tak,warna baju okay,sayang",Cerra mengalah apabila muka Shafiq mulai tegang.Dia merasakan Shafiq benar-benar mahu pulang menyiapkan kerjanya. Kebiasaannya begitu.Shafiq tidak suka di ganggu apabila dia berhadapan sebarang kerja.

Lega apabila kakinya melangkah keluar daripada rumah itu.Benar-benar lega.
"I call you lepas I sampai ok,dear",Shafiq mencuit sedikit dagu Cerra tanda mengambil hatinya semula.Dia tahu dalam pada perangainya yang kuat merajuk itu sering berjaya menarik perhatian Shafiq,alasan kesibukan kerja pasti membataskan perangai keanak-anakan Cerra itu menular.Lega sekali lagi apabila blackberry tidak ada di tangan.

"Drive baik-baik,sayang",lembut suara Cerra mengakhiri perbualan sebelum menutup pintu.Shafiq memang tidak pernah membenarkan Cerra menunggu sehingga dia pulang kerana berada di kondominium berseorangan terlalu bahaya apatah lagi Cerra memang menjadi kegilaan lelaki-lelaki murahan.

"fuuhhh",sempat menghela nafas sebelum dia bergerak ke arah Audi A6 milik Uncle Papa yang berada di bawah kondo milik Cerra itu.

+++++

(ALAM) #4

Berada di rumah pada waktu ini seakan mustahil Vee akan mengikut Shafiq ke Sports Arena dan Shafiq seperti dapat mengagak kenyataan itu. Vee memang jarang mahu keluar apabila dia sudah menjejakkan kaki di kediaman mereka.

"Ako pergi sendiri la ok. Hafiy dah call banyak kali", Shafiq terus bersuara apabila kelihatan adiknya tidak berganjak dari laptopnya.

Sambil melempar blackberry ke arah bantal , Vee merenung ke arah Iphone nya pula. 

"Sorry ye,Ako.Tak jadi nak follow",katanya ringkas.

"Takpelah.Apa-apa,Vee bbm ako lah.Mungkin lepas futsal,ako pergi rumah Cerra",Shafiq langsung tidak ambil hati.Dia sangat memahami adiknya.

"Oh..Macammana dengan Putri?Nanti dia tertunggu pulak.Call dia bagitau ako pergi terus.Takkan ako nak ambil dia.Tak manislah sebab Vee tak ikut".Sambung Shafiq.

"Takpela kalau dia nak follow.Macam tak biasa",sinis Vee.
Putri merupakan bekas kekasih Shafiq.Berpisah gara-gara salah faham dah tiada tanda-tanda mereka mahu bersama semula.Vee juga kurang faham.Masing-masing masih boleh bercerita dan bergelak bersama tetapi tiada seorang yang usaha atau meminta pertolongan sesiapa untuk bersama semula.

"Tak cantiklah sebegitu,adikkk manis",hanya respon gurauan yang mampu di berikan kepada Vee sambil tangannya ligat mengikat tali kasut.Shafiq menyorok perasaannya dalam-dalam.Pelbagai alasan di berikan.

Dia berusaha menjauhi cerita lama.Adiknya tak mungkin akan diam begitu sahaja dan seperti biasa,apabila bercerita tentang Putri,pelbagai helah yang di buat supaya cerita itu tidak berulang.


"Good luck untuk game hari ni. Balik nanti kita sambung soal ... haa..Putri!",sengaja membuatkan abangnya bertambah ligat untuk keluar rumah. Vee tergelak kecil.Dia tahu ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh Shafiq.Hatinya mungkin sedikit terluka tetapi abangnya jaguh menyembunyikan perasaan.

Vee menghala ke arah gambar di sebelah kepala katil.Dia sangat merindui kedua orang tuanya.Teringat tatkala dia dan Shafiq kecil dahulu.Mereka di jaga rapi walaubagaimana sibuk pun tetapi kini,Uncle Papa yang di utuskan daripada Austria untuk menjaga mereka.

Oh.Bukan menjaga tetapi memantau.Syukurlah Uncle Papa bukan di kategorikan seorang pakcik yang lepas tangan.Vee kini melelapkan mata setelah puas kepalanya memikirkan banyak perkara.

Matanya rapat. Lamunan tadi segera berhenti.Letih melayan perasaan marah akan perkara yang tak jelas dari pagi sehingga mengundang tanda tanya semua sahabatnya.
+++++++++

Isnin, 19 Disember 2011

(ALAM) #3

Vee pantas bangun dari tempat duduknya setelah loceng berbunyi. Langsung tidak menunjukkan tanda mahu menunggu sesiapa.

"Vee!!! Nak pergi mana?", Arni mengejar.
Pelik dengan kelakuan Vee yang di rasakan berangin pada hari ini. Ada apa agaknya yang mengganggu fikiran temannya itu. Jarang Vee mahu bermasam sepanjang hari.

"Shark amek kita kat depan", tangannya masih sibuk memasukkan buku biologi ke dalam beg tanpa menoleh.
Tangannya menghidupkan semula blackberry nya yang langsung tidak bernyawa sepanjang class bermula.
Pantas sebelah tangannya menaip.

"Awak nak ikut kita tak?Pergi library,lepas tu kita ikut Shark pergi Sports Arena", pelawa Vee apabila di lihat Arni memandang seperti berfikir.

"Awak kenapa?Hari ni macam tak ok je. Class Sir macam mana?".

"Kita tak pergi. Karang kita nak suruh Uncle Papa bagi surat. Kita tak nak la extra class ni lagi.Study rumahlah better", mood seperti mula pulih. Vee sekali lagi mempelawa Arni dan Putri di sebelah langsung tidak bersuara.

"Awak macam mana, P? Kalau extra class tak pergi,kita cadang nak follow ummi pergi salon. Almost sebulan tak massage kepala ni", tanya Arni kepada Putri.

"Kita setel bill dulu boleh? Mama papa takde kat rumah. Putra pulak ada seminar kat Melaka. Broadband kita dah over limit la", sambung Putri yang di panggil P.

"Orait.Awak naik dengan kita. Nanti kita suruh Shark transfer amount guna maybank2u dia ok. Awak pulak kalau free,terus datang sports Arena ye", Vee terus melangkah bersama Putri.

Selesai menukar buku , Vee pantas mendapatkan Shafiq.

"Jauh kena jalan. Apa nak kira sangat ako pergi sana. Sir bukan tak kenal ako", Shafiq turun dari restoran dan menuju ke arah kereta apabila Vee dan Putri sampai.

"Tak nak.Bising", Vee membalas pantas.

Shafiq cuma mampu menggeleng dan mengangkat kening kepada Putri tanda dia dah kehilangan kata-kata nak lawan adiknya yang memang cepat panas hati.

"Kita hantar P dulu la ni?", tanya Shafiq sambil meninggikan tengkuk menjengah Putri ikut cermin tengah.

"A'ah. Nanti dia ikut kita pergi futsal", kata Vee.

"Shark , nah", Putri menghulurkan not RM 100.
"I ingat nak pergi bayar bill. Tapi Vee suruh bayar kat U je. Nanti U transfer guna maybank2u boleh? Putra ada course kat Melaka", sambil tangannya menaip nombor account melalui Bold 3 nya.

"Oh boleh. Nanti bagi no acc broadband. Tapi I punya maybank2u ada problem. I try cimblclicks la", cadang Shafiq.

"Ok.Done bbm u no acc i". sambung Putri dan masing-masing terus mendiamkan diri sehinggalah tiba di kediaman Putri.


"Before 3 awak siap tau. Shark punya futsal pukul 3.30petang", Vee mengingatkan Putri.

"Ok. Kita lunch kat rumahlah . Kesian pulak Ibu Iti dah masak. Lepas awak lunch awak datang ok. Bye, Vee. Bye, Shark" ..

Audi A6 terus bergerak meninggalkan kawasan rumah.

++++++++

Ahad, 18 Disember 2011

(ALAM) #2

Selesai sesi bersarapan yang senyap sunyi tanpa sebarang perbincangan, kedua beradik bergerak menuju ke tempat pengajian masing - masing.

"Kereta ako mana? Kenapa pakai kereta Uncle Papa?", hairan.

"Uncle Papa pinjam. Ni je tinggal. Pakai sekejaplah", jawab Shafiq.
Uncle Papa adalah adik kepada Puan Almi yang berumur 34 tahun tapi masih bujang. Dia merupakan pakcik kesayangan dua beradik ini sejak kesibukan mengheret masa Puan Almi dan Tuan Zaeem.

"Petang ni Vee tak pergi extra class. Malas mengadap Sulaiman punya muka. Ako ke Uncle Papa yang fetch Vee?".

"Petang ako ada futsal. Since Vee tak nak pergi extra class,follow ako la", Shafiq mencadangkan. Dia tahu permusuhan Vee dengan guru kelasnya, Sir Sulaiman dan dia lah yang bertanggungjawab 'menjamin' netbook adiknya yang di rampas di assembly park.

Sampai di Sekolah Menengah Aman Jaya , Vee deras mencari kelibat empat lagi rakannya.
Suanna , Putri , Jemima dengan Arni merupakan sahabatnya dari penghujung 10 tahun sehinggalah mereka bakal melangkah ke penghujung persekolahan.

"Zee Aviiiiiii!", teriak Jemma dari arah kedai kodak bertentangan jalan. Dia selalu di gelar Zee Avi kerana tubuhnya yang rendah berbanding keempat-empat mereka walaupun ketinggian Vee adalah tinggi berbanding rakan sebayanya yang lain.

"Hai , Jemma. Mana yang lain?" , Shafiq keluar kereta dan menunggu rakan adiknya yang lain kerana memang rutinnya menunggu sehingga Vee masuk ke pagar sekolah.

"Arni dengan Putri dah ada kat library. Suanna tak tau kat mana. I bbm u tak jawab pun ,Shark. Ni kenapa adinda Vee punya muka macam ayam terberak?", Shark juga merupakan gelaran Shafiq di kalangan teman - teman. Jemima pelik kerana Vee seakan tak cukup mood nak layan gurauannya.

"Emo. Kena kejut guna jam besi. hehe", ringkas Shafiq.

"Jomlah masuk.Kang bisinglah Ustaz Amad", Vee tak menghiraukan gurauan.

"Ako datang pukul 2 ok. Lepas habis management class", Shafiq tahu adiknya memang tak nak tunggu lama.

"Ehh .. petang ni class Sir Sulaiman,kan? Tak pergi ke?", Jemima mencelah.

"Malaslah tengok muka Sulaiman. Awak ikut kita pergi Sport Arena la. Tengok Shark", Vee jawab ringkas.

"Awak tak pergi,kita pun tak nak lah. Lagipun dia selalu drag masa sampai ke malam. Mentang- mentang dia dah tak de bini", balas Jemima.

Mereka selesa dengan 'awak kita' dari kecil dan terikut-ikut sampai sekarang.

"Ako gerak dulu k. Ok Jemmy. Jumpa petang ni.Lambat dah ni", Shafiq menunjukkan jam di tangan dan bergegas gerak kerana masa seakan suntuk untuk dia ke class. Tahu sahajalah perjalanan ke arah Cheras di waktu pagi. Semua orang kehilangan akal akibat jammed.

"Bye ,shark", Jemima.
 .. Vee turut melambai ..

++++++++++++

(ALAM) #1

Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg !!!
Alam memekak kan telinga pagi-pagi buta.

"Cibai! Siapa yang set alam ni. Kan aku dah ada fon!" , dengus Vee. Jauh lemparan jam cap jWIN tu. Err .. mungkin tepat mengenai cermin solek yang dah 5 tahun berada di sudut bilik.
Bingkas Florence berkejar masuk ke dalam bilik Vee yang tidak berkunci.

"Maaf,Puan Kecil. Puan Besar yang minta Florence set alam jam", Florence sedar bunyik yang kuat dari bilik Vee itu memang menandakan barang yang di lempar. Tambahan,dia terdengar bunyik jam yang kuat sebelum bunyi itu tiba-tiba padam dan bunyi lemparan bersahutan.

"Kau memang suka memandai-mandai! Sekarang pukul berapa? Dah set alam kat fon lah,bodoh!", Vee merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Dia dan abangnya, Shafiq.

Florence merupakan pembantu rumah ketiga yang baru bermula berkhidmat di kediaman itu kurang 10 bulan tetapi hampir masak dengan perangai dua beradik tersebut. Shafiq atau di panggil Tuan Kecil di dalam rumah tersebut tidak segarang Vee. Dia lebih di sukai di situ kerana kematangannya mengarahkan pembantu rumah tanpa sekalipun menggunakan nada yang tinggi.

"Vee,bangunlah. Ako hantar pergi sekolah. Dah nak SPM pun liat nak bangun", Shafiq yang tiba-tiba muncul setelah mendengar adiknya memarahi Florence.

"semak!!!" bermalasan bangun dan menjegil ke arah Florence,towel di capai tetapi dengusannya masih bersisa. Vee memang tidak pernah sekalipun membentak abangnya yang di panggil Ako kerana itu satu-satunya teman rapat lelaki yang dia ada.
Dari kecil bersama dan masing-masing mempunyai kemampuan yang hampir sama walaupun sering menjadi mangsa kesibukan Puan Almi dan Tuan Zaeem.

Shafiq melempar diri di atas katil kepunyaan adiknya sambil melihat deretan barang yang tersusun di atas meja solek.
Sungguh , adiknya mempunyai citarasa yang menarik dari dia berusia 13 tahun. Membesar terlalu cepat, dia juga hanya bertemankan adiknya kemana-mana sehingga tiada satu perempuan yang berani mendekatinya kerana merasakan dia telah berpunya.

"cup starbucks pun dia tak nak buang.Pelik punya manusia.susunlah sampai setinggi KLCC nanti" bisik Shafiq sendiri.

Tak sedar Vee telah selesai mandi.
"Nak teman Vee siap ke apa ni?Dah tak de idea lain ke?", bebel Vee. Berbaki kemarahan kerana di kejutkan sebentar tadi.

"Ye la.Nanti turun breakfast sesama ok. Ako suruh Mak Acun masak mee", lembut. Itulah Shafiq.

+++++++++++++