Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Ahad, 18 Disember 2011

(ALAM) #2

Selesai sesi bersarapan yang senyap sunyi tanpa sebarang perbincangan, kedua beradik bergerak menuju ke tempat pengajian masing - masing.

"Kereta ako mana? Kenapa pakai kereta Uncle Papa?", hairan.

"Uncle Papa pinjam. Ni je tinggal. Pakai sekejaplah", jawab Shafiq.
Uncle Papa adalah adik kepada Puan Almi yang berumur 34 tahun tapi masih bujang. Dia merupakan pakcik kesayangan dua beradik ini sejak kesibukan mengheret masa Puan Almi dan Tuan Zaeem.

"Petang ni Vee tak pergi extra class. Malas mengadap Sulaiman punya muka. Ako ke Uncle Papa yang fetch Vee?".

"Petang ako ada futsal. Since Vee tak nak pergi extra class,follow ako la", Shafiq mencadangkan. Dia tahu permusuhan Vee dengan guru kelasnya, Sir Sulaiman dan dia lah yang bertanggungjawab 'menjamin' netbook adiknya yang di rampas di assembly park.

Sampai di Sekolah Menengah Aman Jaya , Vee deras mencari kelibat empat lagi rakannya.
Suanna , Putri , Jemima dengan Arni merupakan sahabatnya dari penghujung 10 tahun sehinggalah mereka bakal melangkah ke penghujung persekolahan.

"Zee Aviiiiiii!", teriak Jemma dari arah kedai kodak bertentangan jalan. Dia selalu di gelar Zee Avi kerana tubuhnya yang rendah berbanding keempat-empat mereka walaupun ketinggian Vee adalah tinggi berbanding rakan sebayanya yang lain.

"Hai , Jemma. Mana yang lain?" , Shafiq keluar kereta dan menunggu rakan adiknya yang lain kerana memang rutinnya menunggu sehingga Vee masuk ke pagar sekolah.

"Arni dengan Putri dah ada kat library. Suanna tak tau kat mana. I bbm u tak jawab pun ,Shark. Ni kenapa adinda Vee punya muka macam ayam terberak?", Shark juga merupakan gelaran Shafiq di kalangan teman - teman. Jemima pelik kerana Vee seakan tak cukup mood nak layan gurauannya.

"Emo. Kena kejut guna jam besi. hehe", ringkas Shafiq.

"Jomlah masuk.Kang bisinglah Ustaz Amad", Vee tak menghiraukan gurauan.

"Ako datang pukul 2 ok. Lepas habis management class", Shafiq tahu adiknya memang tak nak tunggu lama.

"Ehh .. petang ni class Sir Sulaiman,kan? Tak pergi ke?", Jemima mencelah.

"Malaslah tengok muka Sulaiman. Awak ikut kita pergi Sport Arena la. Tengok Shark", Vee jawab ringkas.

"Awak tak pergi,kita pun tak nak lah. Lagipun dia selalu drag masa sampai ke malam. Mentang- mentang dia dah tak de bini", balas Jemima.

Mereka selesa dengan 'awak kita' dari kecil dan terikut-ikut sampai sekarang.

"Ako gerak dulu k. Ok Jemmy. Jumpa petang ni.Lambat dah ni", Shafiq menunjukkan jam di tangan dan bergegas gerak kerana masa seakan suntuk untuk dia ke class. Tahu sahajalah perjalanan ke arah Cheras di waktu pagi. Semua orang kehilangan akal akibat jammed.

"Bye ,shark", Jemima.
 .. Vee turut melambai ..

++++++++++++

Tiada ulasan:

Catat Ulasan