Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Ahad, 25 Disember 2011

(ALAM) #4

Berada di rumah pada waktu ini seakan mustahil Vee akan mengikut Shafiq ke Sports Arena dan Shafiq seperti dapat mengagak kenyataan itu. Vee memang jarang mahu keluar apabila dia sudah menjejakkan kaki di kediaman mereka.

"Ako pergi sendiri la ok. Hafiy dah call banyak kali", Shafiq terus bersuara apabila kelihatan adiknya tidak berganjak dari laptopnya.

Sambil melempar blackberry ke arah bantal , Vee merenung ke arah Iphone nya pula. 

"Sorry ye,Ako.Tak jadi nak follow",katanya ringkas.

"Takpelah.Apa-apa,Vee bbm ako lah.Mungkin lepas futsal,ako pergi rumah Cerra",Shafiq langsung tidak ambil hati.Dia sangat memahami adiknya.

"Oh..Macammana dengan Putri?Nanti dia tertunggu pulak.Call dia bagitau ako pergi terus.Takkan ako nak ambil dia.Tak manislah sebab Vee tak ikut".Sambung Shafiq.

"Takpela kalau dia nak follow.Macam tak biasa",sinis Vee.
Putri merupakan bekas kekasih Shafiq.Berpisah gara-gara salah faham dah tiada tanda-tanda mereka mahu bersama semula.Vee juga kurang faham.Masing-masing masih boleh bercerita dan bergelak bersama tetapi tiada seorang yang usaha atau meminta pertolongan sesiapa untuk bersama semula.

"Tak cantiklah sebegitu,adikkk manis",hanya respon gurauan yang mampu di berikan kepada Vee sambil tangannya ligat mengikat tali kasut.Shafiq menyorok perasaannya dalam-dalam.Pelbagai alasan di berikan.

Dia berusaha menjauhi cerita lama.Adiknya tak mungkin akan diam begitu sahaja dan seperti biasa,apabila bercerita tentang Putri,pelbagai helah yang di buat supaya cerita itu tidak berulang.


"Good luck untuk game hari ni. Balik nanti kita sambung soal ... haa..Putri!",sengaja membuatkan abangnya bertambah ligat untuk keluar rumah. Vee tergelak kecil.Dia tahu ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh Shafiq.Hatinya mungkin sedikit terluka tetapi abangnya jaguh menyembunyikan perasaan.

Vee menghala ke arah gambar di sebelah kepala katil.Dia sangat merindui kedua orang tuanya.Teringat tatkala dia dan Shafiq kecil dahulu.Mereka di jaga rapi walaubagaimana sibuk pun tetapi kini,Uncle Papa yang di utuskan daripada Austria untuk menjaga mereka.

Oh.Bukan menjaga tetapi memantau.Syukurlah Uncle Papa bukan di kategorikan seorang pakcik yang lepas tangan.Vee kini melelapkan mata setelah puas kepalanya memikirkan banyak perkara.

Matanya rapat. Lamunan tadi segera berhenti.Letih melayan perasaan marah akan perkara yang tak jelas dari pagi sehingga mengundang tanda tanya semua sahabatnya.
+++++++++

Tiada ulasan:

Catat Ulasan