Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Ahad, 25 Disember 2011

(ALAM) #5


"Shark,u pilihkanlah mana satu yang cantik.I ada photoshoot esok malam",katalog dari Mikha's Boutique bertukar tangan. Cerra sangat mempercayai taste Shafiq. Shafiq sekali lagi tidak menghampakan Cerra dan memilih kasut putih untuk di peragakan di studio milik salah seorang anak rakan Daddy nya, Iman Arham.
"Putih lagi?U memang tak jemu color putih kan?Banyaklah koleksi i", kata Cerra. Masih membelek-belek katalog yang sama dan berharapkan Shafiq memilih warna yang lain.
"kalau macam tu,you pilih sendirilah,dear",ringkas Shafiq. Panjang mulut Cerra apabila Shafiq seakan-akan tak boleh bergurau.
"you kenapa?macam tak de mood je.Penat ke futsal tadi?Nak mandi?Atau you lapar?", Cerra meneka-neka.
"I ok lah,you.Memanglah penat.Kan baru balik Sports Arena.Eh,you.Sekejap.Tadi Vee pesan bayarkan line dia",Shafiq segera bergerak ke bilik utama Cerra dan mencapai laptopnya.

"I guna sekejap ye.Nak setel bill", laju tangannya masukkan code dan beralih ke Cimbclicks.
Cerra kini beralih sofa.Dia berada betul-betul di sebelah Shafiq.
"Peliklah adik you.Eh...Ke you yang pelik ni",Cerra membuatkan Shafiq pula tertanya-tanya.

"Apa dia?",Shafiq tidak menoleh.Dia kini menggenggam blackberry nya dan membuka semua nombor akaun yang di hantar oleh Putri tengahari tadi. Dia berharap agar Cerra tidak ternampak nama Putri tertera di bbm nya. Berjaya.

"I teman dia kot pergi setel bill past 3 days. Jangan kata cepat je line dia kena barred". Cerra menatap screen laptop nya. 
"Tak tau.Dia yang suruh tadi.Takpe lah. Mungkin dia call mummy.Tu yang cepat je line dia kena block",alasannya seakan tak masuk akal.Dia serba salah kerana terpaksa membohongi gadis kacukan Cina- Belanda-Indonesia itu.Sekiranya dia memberitahu perkara sebenar,mungkin Cerra akan mengulangi perkara yang sama.Merajuk sehingga hampir sepuluh hari.
Ya. Cerra sangat mencemburui Putri.Gadis tinggi berkulit sawo matang itu.Tidak di nafikan Putri merupakan saingan kepada semua bekas kekasihnya. Adakalanya, dia sendiri tidak menahan mana-mana perempuan untuk menaruh curiga kepadanya dan Putri.Rindu bergelar kekasih Putri.Dia suka apabila keadaan mengheretnya kepada Putri tidak kiralah dengan apa cara.Atau paling tidak,rumors bahawa dia akan kembali kepada kekasih pertamanya.

"I tengah chat dengan Vee.Nak korek korek rahsia.Dengan siapa dia call sampai bill naik",lamunan Shafiq terhenti apabila Cerra tiba-tiba bersuara.

Blackberry di simpan.Kini matanya tertancap dari laptop yang di pinjamnya ke arah screen Ipad milik Cerra pula. Berderau dadanya apabila Cerra sedang berborak dengan Vee.
"I nak baliklah", Shafiq mahu segera pulang.Melayani kerenah kekasihnya yang beragama kristian itu memang boleh merosakkan mood apatah lagi Cerra terkadang seorang yang kuat merajuk tambah-tambah lagi apabila berjumpa melebihi dua jam.

"Alah you ni.Everytime you muncul,nak balik cepat.Nanti i nak minta tolong pilihkan baju",Cerra mulai lagi.
"You tak habis dengan facebook.I punya assignment tak selesai.Tak sentuh pun lagi",Shafiq bosan.Dia juga berharap Cerra tidak sempat bertanya tentang bill itu kepada Vee.

"okaylah.Nanti you bbm i baju yang sesuai.Or paling tak,warna baju okay,sayang",Cerra mengalah apabila muka Shafiq mulai tegang.Dia merasakan Shafiq benar-benar mahu pulang menyiapkan kerjanya. Kebiasaannya begitu.Shafiq tidak suka di ganggu apabila dia berhadapan sebarang kerja.

Lega apabila kakinya melangkah keluar daripada rumah itu.Benar-benar lega.
"I call you lepas I sampai ok,dear",Shafiq mencuit sedikit dagu Cerra tanda mengambil hatinya semula.Dia tahu dalam pada perangainya yang kuat merajuk itu sering berjaya menarik perhatian Shafiq,alasan kesibukan kerja pasti membataskan perangai keanak-anakan Cerra itu menular.Lega sekali lagi apabila blackberry tidak ada di tangan.

"Drive baik-baik,sayang",lembut suara Cerra mengakhiri perbualan sebelum menutup pintu.Shafiq memang tidak pernah membenarkan Cerra menunggu sehingga dia pulang kerana berada di kondominium berseorangan terlalu bahaya apatah lagi Cerra memang menjadi kegilaan lelaki-lelaki murahan.

"fuuhhh",sempat menghela nafas sebelum dia bergerak ke arah Audi A6 milik Uncle Papa yang berada di bawah kondo milik Cerra itu.

+++++

Tiada ulasan:

Catat Ulasan