Pelawat VVIP

Let's Tukar - Tukar Link

Ahad, 25 Disember 2011

(ALAM) #6

"Cerra tanya pasal bill kat Vee.Apa nak jawab?", Vee yang berada di ruang tamu segera menghalang Shafiq sewaktu Shafiq melintasi kedudukannya.
"La ...tak habis-habis lagi dia ni",Shafiq menyambar laptop adiknya.Membaca satu persatu ayat Cerra kepada adiknya.
Benar seperti di sangka.Cerra memang mencurigainya tetapi bukan nama Putri yang naik.Dia usaha meneka-neka tentang siapa yang mendekati Shafiq.
"Ni kes tipu dia tadikan?Ako cakap apa?Tadi ako bayar bill Putri kat rumah dia ke?"Vee bersuara bila nampak Shafiq seakan tiada kata-kata untuk menjawab.
"Entahlah,Vee.Entah",Shafiq termati kata di situ.

Shafiq terus bersandar. Pandangannya jelas menembusi semua objek yang dia tatap.Termenung jauh.Tak tahu apa yang dia rasa. Ingin sahaja dia meluahkan semuanya kepada Vee kerana perasaannya lebih mudah di fahami tambahan lagi Putri itu sahabat adiknya.

"Putri dengan siapa sekarang?",terkeluar juga soalan yang telah lama dia simpan. Vee tersenyum apabila pertanyaan yang sudah lama dia tunggu terkeluar juga dari mulut shafiq.
"Nak jawapan tipu ke betul?"Vee melontar soalan bodoh.Sengaja mahu menebak hati Shafiq.
"Jawapan tipulah ...",Shafiq menyedapkan hati dengan gurauan.
"Oh..Jawapan tipunya, dia sekarang couple dengan anak Ustaz Darus.Jiran dia tu",Vee kini bersila di atas sofa bertentang dengan abangnya.

"Oh..dah couple", Shafiq mengerutkan dahi. Tak puas hati.Rasa nak tumbuk segala yang ada di depannya.Dan...Vee lah mangsa pertama yang mungkin terkena.
"Amboi.masam pulak.tadi mintak jawapan tipu",Vee tersengih-sengih.

"Memanglah tipu.Tapi ...siapa anak Ustaz Darus tu?",Shafiq masih tak puas hati.

"Kan dah kata tipu.Tipulah semua.Eh ..kenapa nak panas hati dengar Ustaz Darus?Kenal ke?", soalan berbalik kepada Shafiq. 
"Kenallah.Kan dulu anak dia memang pernah buatkan ako dengan Putri bergaduh",keras suaranya.

Vee menepuk dahi.Dia memang lupa cerita tu.Dia memang berniat nak bergurau dan tak sangka gurauannya melukakan hati abangnya.Dia memang sangat lupa. Hanya nama Ustaz Darus yang dia ingat untuk di jadikan modal gurauan.

"adoi..salah pulak", Vee menjelirkan lidah.
"ako mandi dulu lah.Nanti kita makan sesama", Shafiq bingkas bangun.
"Vee dah makan.hehehe", senyum sengaja di buat-buat untuk mengambil hati Shafiq. 

"ok lah.Ako tak nak makan.Ako buat assignment kat atas", Shafiq tidak menyambut gurauan adiknya.Kini Vee berasa bersalah untuk kali kedua kerana menyebabkan abangnya tak jadi makan.

"salah lagi.adoiiii", Vee terus baring di atas sofa. Mati akalnya.Selalunya Shafiq kalau terasa hati,memang sehari dua dia kehilangan mood untuk berborak.
Vee meletup-letupkan sendinya sambil kepala ligat memikir cara untuk mengambil kembali hati Shafiq. Mungkin idea ni berjaya. Yakin.

"Engage pulak.Manalah budak ni", rungut Vee.Humban Iphone nya ke atas carpet.

"Vee!!!! Naik kejap!!!", suara Shafiq menghilangkan lamunan Vee.Pelik.Tadi marah.Suara ni seakan suara orang baru menang loteri.

"Vee!!!!!!!!!!!!!!!!!"...

"Yelah.Ya Allah.Tak sabar pulak tiba-tiba", langkah Vee berterabur. Semau barang di campak ke tepi.Ligat kakinya menaiki tangga.

"Apa??", pintu bilik Shafiq di kuak.Shafiq kelihatan sedang berbaring seperti orang tak puas-puas berangan.

"hehehe",sengih lebar.Shafiq betul-betul mengundang tanda tanya.
++++++++++

Tiada ulasan:

Catat Ulasan